Keunikan rasa dan bau ialah salah satu faktor mengapa rempah ratus sering digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu kini. Rempah ratus ini berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah adalah salah satu barang yang paling berharga pada zaman dahulu.Pada tahun 3500 SM, orang Mesir kuno telah menggunakan pelbagai rempah untuk perisa makanan , kosmetik,perubatan,ritual agama dan lain-lain. Penggunaan rempah lalu merebak melalui Timur Tengah ke timur Mediterranean dan Eropah. Rempah dari China, Indonesia, India, dan Ceylon (kini Sri Lanka) pada asalnya dibawa melalui darat oleh karavan keldai atau unta.
Dibawah ini adalah contoh-contoh rempah ratus yang biasanya digunakan oleh masyarakat Melayu :
1. Bunga Lawang
Bunga lawang ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari IndoChina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India.Namanya membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi populer semenjak itu. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam.Ia juga menambah aroma seperti masakan acar. Bunga lawang biasanya dijual seharga S$0.76 untuk 50 gram.
2. Halia
Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia sejak 2500 tahun lalu. Halia biasanya digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.Di kalangan masyarakat Malaysia, halia menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam. Halia biasanya dijual seharga S$1.50 untuk 200 gram.
3.Kunyit
Kunyit merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu dan Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna,setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Kunyit digunakan untuk memasak kari,ayam goreng kunyit,soto ayam dan masakan Melayu lainnya. Kunyit biasanya dijual seharga S$4.80 untuk 100 gram.
4. Kayu Manis
Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah. Ia berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari China dan Indonesia. Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus.Kulit kayu manis diguankan sejak jaman dahulu lagi sebagai bahan perisa dalam masakan. Dihasilkan daripada kulit pokok Cinnamomum Zeylanicum, rempah itu merupakan sebahagian daripada rempah ratus yang digunakan untuk membuat kek, pai epal, biskut, kuih-muih, minuman dan juga kari. Kayu manis biasanya dijual seharga S$0.76 untuk 50 gram.
5. Cengkih
Cengkih merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka. Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak.Cengkih digunakan untuk memasak rendang, kari, soto dan lain-lain.Cengkih biasanya dijual seharga S$1.07 untuk 50 gram.
6.Ketumbar
Ketumbar ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu. Buahnya berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm. Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu,ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakn lain seperti bubur nasi,ayam atau ikan goreng dan sebagainya. Ketumbar biasanya dijual seharga S$1.19 untuk 20 gram.
Video ini ialah contoh masakan Melayu yang menggunakan beberapa rempah ratus :
sumber : Youtube (http://www.youtube.com/watch?v=DaGOrF931SQ)
Terima kasih telah membaca blog saya :)